HJ. SHAABAN MOHD NOR

Teratak melepaskan rasa bosan ...di kala kelapangan ..

Ertinya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad, Rasul yang mulia dan atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Ya Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh keadaan, wahai Tuhan yang Maha mulia dan Maha tinggi, dengan kebaikan dan kemuliaan Engkau, berikanlah segala keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik dan berkatilah kami serta sekalian kaum muslimin dengan berkat bulan syawal. Ya Allah, ya Tuhan sebaik-baik tempat kami sempena bulan ini, dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun, berkatilah kehidupan sahabat kami di dalam rumah ini ……………………… Bin/binti ………………………… Dan lanjutkanlah usianya serta dengan iman dan kurniakanlah untuknya rezeki yang halal dan jauhilah yang haram, dengan rahmatmu, ya Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Allah cucurkan rahmat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas kaum keluaraga serta sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam

SELAMAT HARI RAYA EI'DUL FITRI
MAAF ZAHIR BATHIN




31 Ogos nan lalu warga kerja IPPTAR terlibat dgn sambutan kemerdekaan ke 52 di Jalan Parlimen. Walaupun tak ramai namun kemeriahan tetap dirasai.

Amalan Dalam Bulan Ramadan

PAGI

Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya

Zikir

1. La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)

2. Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)

3. Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)

4. Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)

TASBIH

(100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)

SELAWAT

Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali

SOLAT SUNAT

1. Solat sunat Isyraq

2. Solat sunat Dhuha

3. Solat sunat Tasbih

Membaca al-Quran

Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)

TENGAH HARI

Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa

ISTIGHFAR:

1. (70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)

2. (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.

3. ((25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG

1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa

2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah

3. Tasbih yang bermasksud: Maha Suci Allah yang maha Tinggi (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)

4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari

5. Selawat: (10/100 kali)

MAGHRIB

berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib

solat sunat Awwabin

membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)

ISYAK

Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak

Solat sunat Terawih, sunat witir

membaca al-Quran

TENGAH MALAM

Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh

1. Solat sunat wuduk

2. Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa

3. Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)

4. Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

5. Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).

6. Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada

7. suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)

BERSEDEKAH

1. Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.

2. Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.

3. Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.