20 September 2009

Makna Doa Ziarah Raya

Ertinya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad, Rasul yang mulia dan atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Ya Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh keadaan, wahai Tuhan yang Maha mulia dan Maha tinggi, dengan kebaikan dan kemuliaan Engkau, berikanlah segala keadaan kami kepada keadaan yang lebih baik dan berkatilah kami serta sekalian kaum muslimin dengan berkat bulan syawal. Ya Allah, ya Tuhan sebaik-baik tempat kami sempena bulan ini, dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun, berkatilah kehidupan sahabat kami di dalam rumah ini ……………………… Bin/binti ………………………… Dan lanjutkanlah usianya serta dengan iman dan kurniakanlah untuknya rezeki yang halal dan jauhilah yang haram, dengan rahmatmu, ya Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Allah cucurkan rahmat dan salam ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas kaum keluaraga serta sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam

No comments: